pergerakan
KEW.PA-7: Pinjaman
Pergerakan: Pinjaman
Fungsi ini adalah bertujuan untuk mendaftar pergerakan aset atau inventori dari satu jabatan ke jabatan lain sebagai pinjaman. Pergerakan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Aset di jabatan yang memiliki aset tersebut.
Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Dipinjamkan
Setelah aset digerakkan secara pinjaman (KEWPA-6), ianya akan tersenarai dalam Senarai Aset Pinjaman di bawah BAB B: Pendaftaran > KEW.PA-7 > Dipinjamkan seperti rajah di bawah:-
Aset yang dipinjamkan ini boleh digerakkan dengan mengikuti langkah di bawah:-
- Pilih butiran yang hendak digerakkan dan tekan butang 'Daftar'.
- Masukkan maklumat pergerakan dengan tepat dan tekan butang 'Daftar'.
- Jika aset masih dipinjamkan; pilih ‘Pinjaman’.
- Jika aset digerakkan semula ke jabatan sendiri; pilih ‘Pergerakan’.
- Semak semula senarai di lokasi baharu iaitu KEW.PA-7.
KEWPA-6: Aset Yang Tiada Lokasi
Pergerakan Aset Alih (Tiada Lokasi)
Menu : Bab B > Kew.pa-6 > Tiada Lokasi
- Aset alih yang telah didaftarkan tidak mempunyai lokasi perlu digerakkan ke lokasi yang betul.
- Seorang staf boleh mempunyai lebih dari satu lokasi oleh kerana dipertanggungjawab untuk menyelia bilik-bilik seperti di bawah:-
- Server Farm
- Bilik Persidangan/Mesyuarat/Perbincangan/Stor.
- Makmal Komputer/Makmal Perubatan
- dan sebagainya
- Senarai aset di dalam KEW.PA-6 adalah aset yang tidak ditempatkan ke mana-mana lokasi.
- Untuk mendaftar pergerakan, pilih aset tertentu dengan klik untuk pergerakan ke lokasi dalam Rajah 1 .
- atau 'pilih semua' jika melibatkan semua aset serentak ke lokasi yang sama dalam Rajah 1.
- Kemudian klik 'Daftar Pergerakan' untuk proses pergerakan dalam Rajah 1.
- Pilih jenis pergerakan samada 'pergerakan' biasa ke staf dalam jabatan, dalam Rajah 2.
- atau 'Pinjaman' ke staf jabatan lain dalam Rajah 2.
- Kemudian pilih Kampus, Jabatan dan lokasi untuk menggerakkan aset ke lokasi yang betul dan klik 'Daftar'.
Dua kaedah mendapatkan aset untuk digerakkan dari satu lokasi ke lokasi berlainan:-
- Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Lokasi Jabatan
- Carian aset berdasarkan lokasi yang ditetapkan dalam jabatan
- Pergerakan aset secara pukal (lebih dari satu aset sekali pergerakan.
- Menu: Bab B > Pendaftaran > Senarai Daftar PTJ
- Carian aset berdasarkan maklumat aset; No Siri Aset, No Harta, Tag ID, Keterangan dan sebagainya.
- Pergerakan secara tunggal (satu aset sahaja sekali pergerakan)
|
KEWPA-6: Pembatalan Pergerakan Aset
PERGERAKAN: PEMBATALAN @ PENGHAPUSAN
Fungsi ini adalah bertujuan untuk membatalkan pergerakan aset atau inventori. Pembatalan atau Penghapusan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Aset di jabatan yang memiliki aset tersebut.
MENU: BAB B > PENDAFTARAN > SENARAI DAFTAR PTJ
- Untuk mencari aset / inventori anda boleh melakukan carian melalui Keterangan, Tag ID, No Siri Alat, No Siri Jabatan, Kod Harta Aset, Jenisdan Nama Stafseperti dalam Rajah 1 .
- Setelah menjumpai aset / inventori yang ingin anda hapuskan atau batalkan, sila klik pada didalam ruangan KEW.PA-6. Ianya akan membawa anda terus ke KEW.PA-6 seperti dalam Rajah 2.
- Pastikan aset yang dikehendaki adalah tepat, dan klik pada ikon pada ruangan KEW.PA-6 untuk melihat butiran pergerakan aset tersebut.
- Terdapat 2 perbezaan diantara Pergerakan Terkini dan Pergerakan Lama :-
- Iaitu sekiranya pembatalan dilakukan pada pergerakan Terkini automatik pergerakan lama menjadi pergerakan terkini. Bermaksud ianya kekal di bilik yang lama.
- Tetapi sekiranya penghapusan dilakukan pada pergerakan lama dan membatalkan pergerakan terkini bermaksud aset / inventori tidak mempunyai sebarang pergerakan.
- Terdapat 2 perbezaan diantara Pergerakan Terkini dan Pergerakan Lama :-
-
Untuk membatalkan pergerakan klik link yg telah ditunjukkan di atas pada Pergerakan Terkini seperti dalam Rajah 2.
-
Setelah klik, Pengesahan Pembatalan Pergerakan akan muncul seperti dalam Rajah 3.
-
Klik pada butang batal untuk membuat pembatalan pergerakan.
-
Tetapi jika anda ingin melakukan penghapusan klik link yg telah ditunjukkan pada Pergerakan Lama, Pengesahan Penghapusan Pergerakan akan muncul seperti dalam Rajah 4.
- Klik pada butang hapus untuk membuat penghapusan pergerakan.
KEWPA-7: Lokasi Jabatan
Pergerakan Aset Alih (Lokasi ke Lokasi)
Dua kaedahmendapatkan aset untuk digerakkan dari satu lokasi ke lokasi berlainan:-
Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Lokasi Jabatan
- Carian aset berdasarkan lokasi yang ditetapkan dalam jabatan.
- Pergerakan aset secara pukal (lebih dari satu aset sekali pergerakan).
- Cari lokasi dalam jabatan di ruangan keterangan didalam petak biru seperti contoh yang tertera pada Rajah 1.
- Lokasi lama staf berada di bil.1 pada Rajah 1.
- Lokasi baharu staf berada di bil.2 pada Rajah 1.
- Lihat butiran dalam ruangan tindakan pada Rajah 1.
- Tandakan aset yang perlu digerakkan di ruangan tindakan dalam Rajah 2.
- Klik Daftar Pergerakan bagi aset yang dipilih dalam Rajah 2.
- Masukkan maklumat yang tepat bagi pergerakan aset (ke lokasi baharu aset) dalam Rajah 3
- Masukkan ‘Tarikh Jangka Dipulangkan’ jika melibatkan pinjaman dalam tempoh tertentu dalam Rajah 3
- Tekan ‘Daftar’ untuk daftar pergerakan aset dalam Rajah 3.
- Semak semula bilangan aset di kedua-dua lokasi yang terlibat di ruangan bilangan dan tindakan dalam Rajah 4.
- Kemudian semak KEW.PA-7 di kedua-dua lokasi.
|