KEW.PA-16

Perakuan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

 

Menu: Bab E  > Pelupusan > KEW.PA-16

  1. Untuk proses pelupusan, klik Senarai Daftar PTJ atau Senarai Daftar Bersih pada menu di sebelah kiri.
    1. Buat carian untuk mendapatkan aset yang ingin dilupuskan.
    2.  Klik ikon status icon untuk mengemaskini status aset tersebut.
  2. Masukkan Tahun dan pilih Status/Keadaan > Untuk Dilupuskan dan satu bahagian kecil berkenaan maklumat KEWPA-17(a) akan terpapar di bawahnya seperti Rajah 2.0.
    1. Masukkan sama ada: 
      1. (a) Memilih tajuk KEWPA-17(a) sedia ada yang masih belum selesai atau;
      2. (b) Masukkan tajuk KEWPA-17(a) yang baharu.
        1. Contoh tajuk yang boleh dimasukkan adalah: "ALATAN ICT JAN2020" atau "ASET PERABOT MAC2020".
        2. Kemudian tekan butang Hantar untuk menjana borang KEWPA-16 dan KEWPA-17(a) bagi aset tersebut.
        3. Status butiran aset/inventori yang berjaya didaftarkan, akan berubah menjadi 6 seperti dalam Rajah 3.
  3. Klik Penyelenggaraan > KEWPA-16 pada menu di sebelah kiri untuk lihat senarai KEW.PA-16 seperti Rajah 3.
    1. Semak maklumat aset yang terdapat pada borang tersebut, kemaskini maklumat di bahagian Lain-Lain Keterangan jika perlu dan tekan butang Kemaskini seperti Rajah 2.1.
    2. Ulasan Pelapor akan dipaparkan jika Pegawai Aset mengisi maklumat bagi aset tersebut.
    3. Nama Pemeriksa, Jawatan, Jabatan dan Tarikh Pemeriksaan bagi aset tersebut akan dipaparkan di bahagian bawah borang jika KEWPA-17(a) telah dikemaskini oleh Pegawai Aset.
  4. Tekan butang  Cetakan Borang untuk cetak KEW.PA-16 seperti Rajah 4.

<< KEW.PA-9 KEW.PA-17(A) >>

Tags: aset alih, Pelupusan, kewpa16

Print Email