kewpa7
08 Aug2018
KEW.PA-7: Aset Mengikut Lokasi
Aset Mengikut Lokasi
MENU: BAB B > PENDAFTARAN > KEW.PA-7 > LOKASI JABATAN
- Aset yang telah digerakkan akan dipaparkan berdasarkan lokasi iaitu KEWPA-7 (Senarai Aset Alih Kerajaan/Universiti – Mengikut Lokasi).
- Aset disenaraikan mengikut lokasi untuk kemudahan kemaskini dan maklumat aset.
- Staf perlu memastikan bilangan butiran/alatan yang tertera di dalam KEWPA-7 adalah tepat.
- Carian lokasi staf dapat dilakukan dengan hanya mengisi ruang yang disediakan seperti Keterengan, Nama Staf atau Lokasi (No. Bilik).
- Untuk menambah lokasi, hanya perlu menekan butang tambah lokasi seperti yang berada dalam Rajah 1 dan perlu mengisi maklumat yang kehendaki berdasarkan Rajah 2.
- Untuk mengerakan aset, boleh merujuk Lokasi Jabatan.
- Staf boleh mencetak Senarai Aset Alih Kerajaan/Universiti Mengikut Lokasi dengan menekan butang cetak pada ruang tindakan.
08 Aug2018
KEW.PA-7: Pinjaman
Pergerakan: Pinjaman
Fungsi ini adalah bertujuan untuk mendaftar pergerakan aset atau inventori dari satu jabatan ke jabatan lain sebagai pinjaman. Pergerakan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Aset di jabatan yang memiliki aset tersebut.
Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Dipinjamkan
Setelah aset digerakkan secara pinjaman (KEWPA-6), ianya akan tersenarai dalam Senarai Aset Pinjaman di bawah BAB B: Pendaftaran > KEW.PA-7 > Dipinjamkan seperti rajah di bawah:-
Aset yang dipinjamkan ini boleh digerakkan dengan mengikuti langkah di bawah:-
- Pilih butiran yang hendak digerakkan dan tekan butang 'Daftar'.
- Masukkan maklumat pergerakan dengan tepat dan tekan butang 'Daftar'.
- Jika aset masih dipinjamkan; pilih ‘Pinjaman’.
- Jika aset digerakkan semula ke jabatan sendiri; pilih ‘Pergerakan’.
- Semak semula senarai di lokasi baharu iaitu KEW.PA-7.
08 Aug2018
KEWPA-7: Lokasi Jabatan
Pergerakan Aset Alih (Lokasi ke Lokasi)
Dua kaedahmendapatkan aset untuk digerakkan dari satu lokasi ke lokasi berlainan:-
Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Lokasi Jabatan
- Carian aset berdasarkan lokasi yang ditetapkan dalam jabatan.
- Pergerakan aset secara pukal (lebih dari satu aset sekali pergerakan).
- Cari lokasi dalam jabatan di ruangan keterangan didalam petak biru seperti contoh yang tertera pada Rajah 1.
- Lokasi lama staf berada di bil.1 pada Rajah 1.
- Lokasi baharu staf berada di bil.2 pada Rajah 1.
- Lihat butiran dalam ruangan tindakan pada Rajah 1.
- Tandakan aset yang perlu digerakkan di ruangan tindakan dalam Rajah 2.
- Klik Daftar Pergerakan bagi aset yang dipilih dalam Rajah 2.
- Masukkan maklumat yang tepat bagi pergerakan aset (ke lokasi baharu aset) dalam Rajah 3
- Masukkan ‘Tarikh Jangka Dipulangkan’ jika melibatkan pinjaman dalam tempoh tertentu dalam Rajah 3
- Tekan ‘Daftar’ untuk daftar pergerakan aset dalam Rajah 3.
- Semak semula bilangan aset di kedua-dua lokasi yang terlibat di ruangan bilangan dan tindakan dalam Rajah 4.
- Kemudian semak KEW.PA-7 di kedua-dua lokasi.
|
08 Aug2018
KEWPA-7: Senarai Aset Pinjaman
Aset Pinjaman
Menu: Bab B > Pendaftaran > KEW.PA-7 > Pinjaman
- Senarai aset yang dipinjamkan kepada staf/jabatan lain dipaparkan berdasarkan lokasi terkini
- Di halaman tersebut, dapat dilihat :-
- Nama staf yang memiliki aset pinjaman.
- Lokasi yang ditempatkan aset pinjaman.
- Aset yang dipinjamkan.
- dan juga dapat mengemaskini aset, maklumat aset, paparan KEWPA-6 dan daftar Pergerakan pada ruang tindakan seperti berikut:-
- dapat mengemaskini aset seperti dalam rajah 2.
- dapat melihat maklumat lengkap tentang butiran aset atau alatan yang dipinjamkan seperti dalam rajah 3.
- dapat melihat senarai daftar pergerakan harta modal dan inventori kewpa 6 yang dipinjamkan seperti dalam rajah 4.
- Melalakukan pergerakkan secara tunggal atau pukal dengan tandakan pada aset yang ingin dipinjamkan.