13 Aug2018
Senarai Daftar PTJ
Senarai Daftar Pusat Tanggungjawab
Menu: BAB B > PENDAFTARAN > Senarai Daftar PTJ
Kesemua aset harta modal dan inventori yang telah didaftarkan bagi sebuah jabatan akan disenaraikan di Senarai Daftar PTJ.
- Klik ikon untuk daftar baharu aset inventori.
- Klik ikon untuk kemaskini maklumat butiran.
- Klik ikon tambah butiran untuk pindah milik.
- Klik ikon kemaskini status butiran.
- Klik ikon hapus butiran (jika tiada pergerakan).
- Klik ikon lihat maklumat butiran.
- Klik ikon lihat senarai daftar KEW.PA-6 butiran.
Cari Aset
Untuk mencari aset anda perlu klik pada Cari Aset .
- Isi ruang yang disediakan sama ada ruang untuk Tag Id, No Siri Alat atau Jabatan, Kod Harta Aset dan jenis.
- Kemudian anda akan mendapat paparan seperti Rajah 1 dan Rajah 2.
Tambah Aset
- Klik ikon pada bahagian atas kanan seperti dalam Rajah 1, untuk mendaftar butiran / alatan .
- Ianya juga berfungsi untuk mendaftar maklumat inventori sedia ada di bawah PTJ dalam kategori INVENTORI iaitu aset yang tidak melibatkan No Harta USM atau ASET PTJ berharga RM1,000 hingga RM3,000 seperti contoh di bawah.
- Untuk menambah aset atau daftar aset, anda perlu mengisi semua ruang wajib yang bertanda (*).
- Sekiranya pada aset tersebut terdapat Nombor Siri Alat dan Nombor Siri Jabatan,pastikan anda memasukkan maklumat tersebut di ruang yang disediakan.
Kemaskini Status Butiran
Anda perlu mencari aset yang ingin anda kemaskini dan diikuti dengan langkah berikut:-
- Klik ikon dalam ruang tindakan seperti dalam Rajah 1, untuk mengemaskini Status Butiran .
- Terdapat dua (2) pilihan yang anda boleh pilih di ruangan status/keadaan, iaitu 'Rosak' atau 'Untuk Dilupuskan'.
- Jika Rosak, anda akan dihubungkan ke pendaftaran KEW.PA-9 Borang Aduan Kerosakan Aset Alih.
- Jika Untuk Dilupuskan, anda akan dihubungkan ke pendaftaran KEW.PA-17(a) Borang Pelupusan Aest dan Barang dan KEW.PA-16 Perakuan Pelupusan Aset Alih.
Kemaskini Maklumat Butiran
- Klik ikon dalam ruang tindakan seperti dalam Rajah 1 .
- Ianya juga memautkan terus ke KEW.PA-3 iaitu Daftar Inventori Sedia Ada (2017 & Sebelum).
- Setelah itu klik 'KEMASKINI'.
Lihat Maklumat Butiran
- Klik ikon dalam ruang tindakan seperti dalam Rajah 1 .
- Setelah klik ikon tersebut Maklumat Aset /Inventori seperti di bawah akan ditunjukkan.
Tambah Butiran Untuk Pindah Milik
- Klik ikon dalam ruang tindakan seperti dalam Rajah 1untuk pengesahan .
- Panel Tambah butiran akan muncul.
- Klik icon untuk padam rekod aset.
- Rekod yang boleh dihapus adalah rekod aset yang masih belum digerakkan lagi atau tiada KEW.PA-6.
- Setelah klik pada ikon tersebut panel hapus akan muncul.
Lihat Senarai Butiran Daftar KEW.PA-6
- Klik ikon dalam ruang KEW.PA-6 .
- Selain itu, anda boleh membuat pergerakan pembatalan .
- Klik “Kemaskini Butiran” untuk mengemaskini maklumat aset.
- Klik "Daftar KEW.PA-6" dan ianya akan terus memaut pada Pendaftaran Pergerakan KEW.PA-6 untuk melakukan pergerakan baharu.
- Klik "Cetak KEW.PA-6" untuk mencetak.