15 Oct2018
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan bertujuan untuk memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan
selamat digunakan serta memelihara dan memanjangkan jangka hayat aset.
Selain itu, objektif penyelenggaraan juga dapat;
a) Meningkatkan keupayaan,
b) Mengurangkan kerosakan,
c) Mewujudkan suasana kerja yang kondiusif serta produktif,
d) Menjamin keselamatan pengguna,
e) Menjimatkan perbelanjaan Kerajaan/Universiti,
f) Memelihara imej Kerajaan/Universiti.
Penyelenggaraan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
- Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah tindakan penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa, menservis,membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan.
- Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.